Abundance Ibunda
Show me what it's like
To be the last one standing
And teach me wrong from right
And I'll show you what I can be
Say it for me
Say it to me
And I'll leave this life behind me
Say it if it's worth saving me
- Nickelback's "Savin' Me" -
Aku haus. Tapi aku malas nak basuh botol air, dan isi air daripada water cooler kat dalam pantry tu. So, padan muka la kan.
Semalam, aku rasa gembira. Tenang, almost. Bangun pagi dan sarapan nasi lemak berlaukkan sambal udang mak aku yang terlebih power tu sudahpun menatapku. Diacah-acahnya "makan la, makan la". I was supposed to be on a diet today, the whole week, and for the rest of my life, even. Tapi, pedulikan. Sepinggan jugak nasi lemak tu aku habiskan.
Pagi tu, ikut mama pergi tengok bunga-bunga plastik di SSF, salah satu tempat yang sinonim dengan persiapan perkahwinan. Tapi, bukan aku atau adik aku yang nak kahwin. Mama cuma nak cari bunga untuk buat floral arrangements baru untuk majlis kutu dia bulan depan. Btw, kalau aku nak kawin, aku canang satu Klang Valley, percayala.
Aku rasa, kalau aku kerja kat SSF tu, mesti jiwa aku tenang gila. Dikelilingi oleh bunga-bungaan *walaupun bukan betul* dan objek-objek yang sangat cantik. Aku dapat rasakan segala masalahku akan terbang melayang. Hmm, kalau bukan florist, agaknya, boleh tak dapat kerja kat situ?
Aku ada masalah ke? Mungkin. Yang pasti, kepala ini kusut. Fikiran ini kadang-kadang tak menentu, sekejap nak pikir benda nie, sekejap nak pikir benda tu. Sampai malam-malam pun dah tak boleh tidur dengan nyenyak. Dah la highway belakang rumah tu baru sahaja dipasang lampu-lampu floodlights, ala stadium Shah Alam, yang menyinari terus ke arah katilku. Silau mataku.
Hari nie, aku berhajat nak puasa. Aku pikir, aku tak boleh nak kawal apa yang aku makan, tapi aku boleh kawal kalau aku memang tak makan. Tapi, tak terkawal jugak. Melihatkan kerja-kerja yang menimbun, dikelilingi oleh orang-orang yang membuat aku rasa rimas dan memikirkan perkara-perkara yang perlu disiapkan dalam jangka masa 2 minggu ini, aku terus stress. Stress sampai berbuka. Walau bagaimanapun, aku tak boleh nak salahkan stress. Aku nie senang dibuai pujuk rayu. Walaupun pujuk rayu itu datangnya daripada sebuah gambar pai epal bersama 2 scoop ais krim vanilla.
Aku rasa ada masanya yang aku perlu mellow. Aku perlu jugak layan perasaan aku nie. Kadang-kadang rasa penat nak senyum setiap masa, buat suara ceria, jawab segala pertanyaan dengan sabar. Boleh tak kalau satu hari tu, masuk office, muka bengis? Pastu tak nak jawab apa-apa? Tak pun, lagi best kalau jawab dengan suara garang? Aku rasa best. Cuma, aku tak sampai hati nak buat camtu. Tapi, kalau tak sampai hati, meranala badan sebab makan hati.
Aku tengah baca buku bertajuk "Maverick", sebuah buku bukan fiksyen yang ditulis oleh Ricardo Semler. Ricardo nie CEO kepada sebuah syarikat di Brazil yang telah mengadaptasikan praktis-praktis yang bukan conventional seperti membenarkan pekerja-pekerja menetapkan gaji dan bonus mereka. Salah satu culture mereka yang aku rasa sangat menarik dan patut dipraktikkan ialah apabila setiap pekerja punch in atau report masuk, pada bulletin board disebelah nama mereka, mereka ada pilihan untuk meletak tag yang terdiri daripada 3 warna, hijau, orange dan merah. Macam traffic light la. Kalau hijau, maksudnya ‘Good mood’, kalau kuning ‘Careful’ dan merah ‘Not Today-Please’. Mungkin, kalau kita praktikkan ini, there’ll be fewer rash decision-making and more thoughtfulness as well as consideration for others incorporated in our work culture.Anyway, si Ricardo nie nak datang Malaysia August nie, to speak at the Global Leadership Forum. Kalau nak dengar dia nie bercakap, aku sanggup bayar, tapi pakej satu hari forum tu pun dah mencecah lebih 3 ribu ringgit. Lebih baik aku baca buku bestseller dia nie yang aku dapat dari kedai charity kat KL Sentral nie. 2 ringgit je, menderma pulak tu. Tak sangka aku dapat merasa balik beli-beli buku secondhand kat kedai-kedai charity nie. Buku tu tak cantik la, mukasurat dah kuning-kuning dan mungkin bukan lagi second hand, mungkin juga third atau forth. Tapi, bagi aku itu tak penting. Kalau tak cantik sangat buku tu orang mungkin tak nak pinjam, dan kalau orang tak nak pinjam, selamatla buku-buku aku. Yes, I know, i’m selfish that way.
Mungkin, aku sebenarnya dah rasa bosan. Bosan dengan orang-orang disekelilingku, bosan dengan kerja, bosan dengan gaya hidup aku nie. Aku perhatikan, attention span aku nie tak lama, dalam setahun je, aku dah bosan, aku dah gatal nak buat benda-benda yang mama akan deem as pelik or menyusahkan badan. Tapi nak buat camne? Aku rasa persekitaran aku nie tak stimulating enough. Aku kan seorang Aquarian, dan kami golongan eccentric dan dan kreatif. Walaupun aku nie tak la sekreatif adik beradik aku yang dok sibuk menjaja bakat mereka ke corporate semi-giants, tapi itu cuma bermakna, kami golongan yang bencikan mediocrity, predictability dan juga routine. Uggh.
Haa, lagi satu yang buat aku bengang hari nie. Bila berdepan dengan orang yang suka melayan kita for the sake of melayan. Aku sebenarnya anti jawapan-jawapan yang kurang ikhlas, yang sekadar menjawab persoalan dengan kata-kata manis. Seperti default answers. I hate that. Don’t do that to me. Aku lagi suka kalau kau jauhkan diri sampai kau rasa kau nak bercakap dengan aku secara ikhlas. Aku tau niat kau baik, tapi aku rimas. Dan aku rasa nak mengamuk. Dan aku nie sebenarnya cepat mengamuk, walaupun tak ramai orang yang tahu.
Dahlaa, baik la aku pergi sembahyang Asar, dapat pahala, dan mungkin hati nie akan sejuk semula dan fikirang nie akan tenang balik.